❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Showing posts with label ♥ stOry 웃 유. Show all posts
Showing posts with label ♥ stOry 웃 유. Show all posts

Friday, June 22, 2012

My Hero

BismillahArabicPada 20 hari bulan nam, Mira mintak hubby Mira hantar Mira ke hospital sebab hari tue rasa sakit sangat. Bergegas2 hubby Mira. Mana xrisau nya esok dah due. Jadi ingat hari nie kan bersalin. Tapi bila dah sampai Hospital Kajang dan ukur laluan baru 1 cm hehe. Mira tetap kena masuk wad sebab dah nak due an. Best gak duk kat wad menunggu nie, ada kawan2 seangkatan dan layanan doctors and nurses juga tip top. Pada masa yang sama ada juga yang tak best seperti makanan dan kurang rehat sebab kejap2 nurse datang nak dengar degupan jantung baby, kejap2 nak check blood pressure dan suhu badan. Tapi kalau pikir dari sudut positive, tue sume tuk kebaikan.

21062012
.: Tengah borak2 dengan umi :.

20 dan 21.06.2012 dah berlalu. Tapi tak bersalin juga. Sudah. Bukaan laluan baru 2 cm.

22.06.2012 Mira d masukkan ubat dan d paksa bersalin. Tengah hari Mira start tak leh duduk diam. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Sekali lagi ukur laluan masih sempit; 3 cm. Lepas tue Mira d masukkan ke wad bersalin.

Nak bersalin nie memang kan rasa sakit yang teramat sangat. Dalam sakit tue Mira masih sempat tertido hehe.

Laluan Mira masih sempit tapi tak tahu kenapa mereka tetap nak pecahkan air ketuban Mira.

Setelah d cuba beberapa kali akhirnya air ketuban Mira pecah juga. Tapi sayang, yang keluar dulu ialah tangan kepala. Terus Mira d sorong ke wad bedah.

Masa keluar dari pintu wad bersalin, ternampak suami dan umi. Mira tak leh pandang muka suami Mira sebab muka dye tyme tue meman sedih sangat2. Kalau Mira pandang lama2 Mira kan menangis. Mira tak bleh buang tenaga Mira dengan menangis. Mira kena kuat.

Doctor bedah yang encem tue bius Mira sepenuhnya. Jadi Mira tak rasa apa2. Syukurlah sebab Mira dah xsanggup nak menanggung kesakitan lagi.

Alhamdulilah baby selamat. Mira pun selamat.

Day 1 220612
Nie lah hero kami. Kami namakan dye MUHAMMAD ZAFRAN BIN MASRAN.

26062012(003)
.: Ini gaya Zafran tidur kalau tak d balut :.

 26062012
.: My hubby said, “Dapat sorang pun cukuplah yang. Tak sanggup abg tengok syg kesakitan.”

    26022012(002)
.: Adiah hamper dari pak sedara Zafran :.


More pictures of Muhammad Zafran


3_thumb[3]

Wednesday, May 30, 2012

Candle Lite Dinner .

BismillahArabic
Hari nie birthday suami ku yang ke 24. Hari demi hari berlalu, maka genaplah setaun dua bulan kami bersama. Alhamdulilah. Aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana masih d panjangkan umo, jodoh dan pertemuan.

Seminggu sebelum 30 hari bulan, dah start pikir;
Apa adiah nak bagi?
Nak celebrate kat mana?
Cukup ke bajetnya?
Setiap malam sebelum lelap, memang kan pikir.

Last2 timbul idea nak celebrate kat Hotel The Legend.
Waaah… Bunyinya cam menarik.
Punya main serius ni nak buat kat situ. Siap call hotel tu tanya menu dan harga. Angan2 nak try Japanese food.
Jawapan mereka RM80+ sorang. Food; International dishes.  Mak aih ! Murah la tue an3?huhu. Tapi betul, law nak d bandingkan dengan hotel lain, harga mereka lagi berpatutan a.k.a murah.

Pikir nye pikir. Cam over bajet jer. Mana tak nye. T nak beli kek lagi, baju for dat nite (xkan asyik2 nak pakai baju sama jer) dan yang paling penting adiah. Erm perlukan dalam RM 300 juga laa.

Hurm. Baik buat makan2 kat rumah jer. Dapat jimat sikit. Haaa. Itu yang akan Mira buat tapi ala2 romantik sikit.

CANDLE LITE DINNER, WIT MY HUBBY, ONLY.
SAM_4904
Alhamdulilah hubby I happy. Malam itu memang xbleh d lupakan. Dia memang sangat terkejut. Tak expect yang Mira kan celebrate birthday dye macam tu. We love the food, enjoy the songs and happy with the dance.

Tapi yang paling dye suka ialah adiah.
SAM_4932 Happy birthday sayang .

Tapi you ollz nak tahu satu rahsia x? Total Mira spent on dat nite is about RM500. Ambik kaw. Sekarang yang mana satu yang menjimatkan, you tell me hehe. Its oke laa. Birthday celebration is once a year. Tak salah berbelanja tuk orang tersayang. He deserve it, of coz.

Next birthday, Mira dah plan nak celebrate kat mana. Bukan berdua lagi, tapi BERTIGA ;)

See yaa ! SAM_4902

3_thumb[3]

Monday, March 12, 2012

New Bike .

BismillahArabic Hari nie kuar motor baru kami.
 
 
SYM VTS 200
549434_428534113840364_153311063_n
Cool x?hehe
 
Sepanjang kami bersama, banyak cabaran dan dugaan yang kami tempuhi. Biasala tue. Nak bahagia memang macam tue an. Selalu kan d uji. Salah satu yang Mira tak leh lupa ialah one day masa on de way nak p kerja hujan turun dengan lebat. Habis basah my hubby. Tengok dye masa tue Mira rasa sedih sangat. Tapi walau susah macammana pom hubby I tak penah merungut, always give a smile.
 
Because of dat day lah, Mira pom adiahkan motor kat atas tue kat dye. Dye nak VIRGO SUPERBIKE tapi sorry sayang, ini jer yang ayang mampu beli :)
 
 
Walaupom tetap basah bila hujan, tapi motor nie lebih selesa.
 
Walaupom just skuter, tapi ini bukan sebarang skuter. Motor nie dah penah sampai Muadzam Shah, Pahang taw.
 
 
Kesimpulannya motor nie meman best ! Tak rugi beli.
 
 
 
 
 

3_thumb[3]
 
 
Apa yang paling penting dalam idup Mira ialah membuat dia tersenyum .

Wednesday, July 20, 2011

Engagement Ring :)

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas Mira keluar jalan2 bersama si dia kesayangan sambil survey2 barang untuk hantaran kami. Kami pergi bandar Tun Hussein Onn, Jusco dan last sekali The Mines.

Sebelum tue nie adalah bajet pertunangan kami. Kami buat dengan penuh kesederhanaan. Kahwin nanti baru buat besar2an. InsyaAllah kalau ada rezki lebih :)


Hantaran kami 5 berbalas 7.

Si dia kan bagi Mira :

Kasut
Handbeg
Al-quran
Cupcake
Kain pasang


Mira plak bagi si dia :

Kasut
Kain pelekat
Baju Melayu
Buah2an
Minyak wangi/Produk kecantikan
Sejadah
Jam tangan


Warna tema

Merah vs. Hijau

Dari warna tema tersebut timbul idea nak namakan majlis kami SERUMPUN. Kenapa? Sebab warna2 tue seperti setangkai bunga mawar yang lengkap dengan bunga dan daun; sentiasa bersama. Eh, jap ! Serumpun ke setangkai. Kompius jap hehe. Tukar lah. Setangkai plak kih3. SETANGKAI juga melambangkan hubungan kami yang saling tolong-menolong sekiranya salah seorang daripada kami dalam kesusahan. Semoga hubungan kami kan sentiasa teguh di bawah satu tangkai :)

Tadaa. Ini lah cincin pertunangan kami.

Ada bentuk LOVE d tengah.

Emas sekarang mahal. Cari nye cari akhirnya jumpa juga cincin yang dalam linkungan bajet kami. Murah tapi cantik dan exclusive. Itulah mOttO shOpping kami. But I lOve dis ring ! Tak saba nak sarung hehe.

Thanks to kedai emas TOMEI.

Selain cincin, kami juga beli kasut dan produk kecantikan tuk si dia.


wit LOve,



p/s : semOga majlis pertunangan kami dapat d langsungkan. Dan semoga ia berlangsung dengan baik dan lancar. Can't wait that day cOz that day will be One Of the mOst wOnderful days in my life.