❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Sunday, August 8, 2010

Kenangan Terindah @ Janda Baik

Tanggal 7 Ogos 2010, kami seramai 13 orang [Kak tina, ruzi, che yah, angah tidor, angoh, fiza rani, buzz, dila, huda and arafah (foreign students), g-ah, shiedah, and me!] pegi ke Janda Baik.

Untuk apa kami ke sana?

- Tujuan Utama-
Ada antara kami yang pegi sebab nak siapkan assignment OB diorang.

Yang selebihnya sekadar untuk memenuhkan ruang bas, release tension, cari jodoh ahak (◕‿-), tumpang dua kaki makan durian dan berendam dalam air bukit hik3.

Kat mana kami pergi?

Badan Amal Nur Zaharah nie menempatkan anak-anak yatim seramai 45 orang. Tapi jangan terkejut ada antara mereka yang ada ibu dan ayah tau. Tapi kenapa mereka masih ada di situ? Ibu dan ayah mereka tak nak bela mereka ker? Apa ruang rumah parents mereka tak cukup untuk menempatkan tubuh mereka yang kecil itu? Adakah kehadiran anak-anak merosakkan suasana hari raya mereka?Anak-anak nie terlampau nakal ker sampai ibu dan ayah mereka tak nak terima mereka?

Ishhh....

Think positive!

Mungkin ada segelintir parents yang tak mampu nak pelihara anak-anak mereka maka sebagai alternatif nya mereka menghantar anak-anak mereka ke badan amal ini atau mungkin mereka terlalu sibuk. Tapi kebenaran itu tetap benar walaupun ia pahit. Hakikatnya hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.

Berikut adalah diari perjalanan dan aktiviti kami pada hari tue:

Aku dan che yah bangun seawal 5.15 am tuk menyediakaan sarapan, alas perut sebelom bertolak. Che yah masak mee goreang berapi ^_^. Aku plak tolong goreng kerepok.
Kami bertolak dari rumah agak lewat dari yang telah di janjikan. Biasalah orang puan mekap lambat hahaha.

Sampai je kat stesen LRT Universiti, rupa2nya ada lagik yang lagik lambat. Cian angah tidor kene tunggu lama. Sapa suruh siap awal hak3. Bila semua dah sampai, kami pon bertolak laa ke Masjid Jamek.

Sampai Masjid Jamek kami kene tukar tren ke Titiwangsa plak.

Mujur tak de apa2 yang buruk berlaku di sepanjang perjalanan kami.

Lepas tu plak, kami menaiki bas ke Janda Baik.

Dalam bas, aku menjawat jawatan sebagai 'mak cik karipap' yang menjaja karipap sardin, daging, dan ayam. Macam-macam karenah pelanggan aku. Yang tu nak karipap ayam, yang tu nak rasa daging dan macam-macam lagi lah. Nasib baik jawatan itu sementara jer.

Dalam bas semua kelihatan penat jer (walaupun baru jalan sejengkal hehehe). Masing-masing diam seolah menikmati permandangan di luar jendela, tak pun dok mengelamun hehehe. Aku pon sama. Walaupun aku merasakan kemengantukan yang teramat sangat tapi aku kene tahan ngantuk itu kerana pada waktu itu aku pakai lens huk3.

Kami pon sampai laa kat Bukit Tinggi. Lom sampai Janda Baik agi.

Sementara menunggu van sampai.

Jauh juga nak pegi rumah anak-anak yatim tu dari bandar. Sebab ia agak pendalaman sikit. Perlu menaiki bukit. Kami mendaki dengan van ٩(-̮̮̃-̃)۶.

~Dalam van~

Aku sukakan suasana di sepanjang perjalanan tu. Kiri kanan kehijauan. Udara nya ahhh segaar sekali. Sekali sekala bau durian menjengah ke hidung kami. Pisang dia pon pelik, kaler kemerahan gitu.

Setelah sampai ke destinasi kami, terkejut juga kami. Ramainya orang kat sana. Lepas kami letak beg, trus kami kene buat keje. Kak tina potong dan goreng ayam. Yang lain ada yang susun meja dan kerusi, siapkan tuk buffer, dan pasang langsir.

Secara kebetulan pada hari itu juga ada charity race dari Continental (ala company tire tue). Dato' (Continental HR Manager) de dermakan seekor lembu. Jadi rumah badan amal nie ada buat sedikit majlis buat mereka, makan-makan ckit.

Speech from Continental HR Manager.

Sesi penyampaian sumbangan.

Saat anak-anak menerima hadiah, sebak dada ku, menitis air mata. Memang benar kata Dato' (nama lupe) they deserve better. Aku tengok, bukan lah nak kata, tapi apalah sangat hadiah yang diaorang dapat. Mereke berhak mendapat yang lebih baik. Mereka berhak mendapat baju-baju yang lagi cantik, peralatan yang lagi bagus dan makanan yang lagi sedap.

Dari mata anak-anak itu, aku dapat lihat yang mereka tengah memikirkan sesuatu. Mungkin memikirkan akan nasib mereka. Kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka bukanlah kebahagiaan yang sebenar lantaran di hati mereka terselit perasaan duka dan sedih.

Selepas selesai makan2, kami berangkat pula ke air terjun yang terletak dekat dengan rumah anak-anak yatim nie.

Hanya dila, huda, g-ah and buzz je yang mandi. Yang lain dok berehat sambil menikmati duku dan durian. Rasa durian tu masyaAllah sungguh sedap, sungguh nikmat. Lembut, manis. Memang rasa tue aku tak kan lupa sampai bila-bila. Susah doo nak cari durian yang enak!

Selepas tue kami pon bersiap-siap tuk pulang ke rumah masing-masing.

Lawatan nie memang bermakna. Bukan saja penuh dengan keseronokan, tapi dapat juga mengeratkan ukhwah silaturrahim antara kami dan mengingatkan kita yang di sekeliling kita ada juga mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan kita.

Ingat kata-kata Dato', apa yang menjadi milik kita sesungguhnya bukan milik kita sepenuhnya dan bukan milik yang mutlak. Belajarlah untuk berkongsi pemberian Allah itu. Jangan susahkan agama Islam itu. Kita hanya dapat memberi jika kita ada. Kita hanya dapat menolong jika kita punya kudrat dan tenaga.

Buat adik-adik.....

Nasib seseorang itu berbeza. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak. Tapi ketahuilah adik-adik biar bagaimana pun nasib kita yang pasti Tuhan kita, Allah tetap sentiasa di samping kita. Jangan adik pikir yang ini lah yang telah ditakdirkan tuk adik-adik. Adik boleh mengubahnya ke arah yang lebih baik. Pilihan itu di tangn adik-adik! Pilihlah jalan yang membahagiakan, bukan jalan yang merosakkan.

Kami, kakak2 hanya mampu medoakan adik-adik agar menjadi manusia ynag berguna tuk bangsa, negara dan agama kelak. Jadilah bangsa ynag berjaya dik. Biar pahit mana pun kehidupan ini, kita tetap kene teruskan, Itu adalah hakikat! Perjalannan adik-adik masih jauh. Banyak lagi jalan yang perlu adik tempuh. Ingatlah Allah selalu, lakukan segala suruhan-Nya dan tinggallah segala larangan-Nya, nescaya adik kan selamat menghadapi segala pancaroba dunia.

~Tanda kenagan dari K A M I~