❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Thursday, August 5, 2010

~DuLu DaN KiNi~

Jom kita tengok apa perubahan yang berlaku pada diri ku sekarang, jika dibandingkan dengan diri ku yang dulu. Ada perbezaan ker? Am I Become better? Or more or less just the same? Bukan apa... Untuk muhasabah diri (◑‿◐).

Dulu:

*Aku sukakan penampilan yang simple; berjeans, t-shirt, tudung main bantai jer (kdg2 bila rajin nak bergaya pakai selendang, bila nak kan kelainan pakai tudung syria, tapi yang selalunya pakai tudung endon la hik3 sebab senang untuk ku ke mana-mana dan berniaga).
*Nak pegi dekat2, aku sarung sweater jek.

Sekarang:

  • Aku mengutamakan aurat.
  • Aurat kene jaga.

Dulu:

Simpanan O (-'_'-).

Sekarang:

Dah ada RM1, 500 (●*∩_∩*●).

Dulu:

Matlamat hidup aku adalah first untuk berumah tangga (maklumlah dulu dah berpunya), pastu nak cari rezeki untuk keluarga ku, nak beli rumah, nak beli kereta dan nak pegi haji.

Sekarang:

Oleh kerana sekarang i'm single and available huk3 (promote la plak!), aku ketepikan dulu pasal kahwin. Yang menjadi keutamaan aku sekarang ialah mula-mula cari kerja (tapi yang pasti xmo jadi accountant and auditor). Kalau tak dapat kerja pun aku kan berniaga sendiri. Tapi cari kerja dulu la. Timba pengalaman dulu.

Aku ada dua plan.

Kalau aku kerja:

  • Aku nak cari keje kat KL.
  • Aku tak perlu beli kereta lagi sebab kat KL kemudahan banyak.
  • Aku nak simpan duit beli rumah.
  • Lokasi rumah tu lom pasti lagi.

Ni contoh rumah idaman aku.
Rumah nie ada 6 buah bilik.
Anggaran harga pon dah RM600, 000.

Tapi...

Aku kalau bleh nak 9 bilik hehehe.

  • Satu bilik untuk aku ngan suami aku lah.
  • Satu bilik untuk anak-anak perempuan ku.
  • Satu bilik untuk anak-anak lelaki ku.
  • Satu bilik untuk umi and abah.
  • Satu bilik untuk bibik aku.
  • Satu bilik untuk tetamu.
  • Satu bilik untuk solat.
  • Satu bilik bacaan merangkap juga opis aku.
  • Satu bilik untuk aku bersenam (ehem_ehem).

Tapi kalau tak jumpa rumah yang ada 9 bilik pun, rumah kat atas pun alhamdululah sngt2 dah (≧◡≦).

Bilik tu kene ejas balik laa...

Kalau aku niaga plak:

Aku kene beli keta dulu.
Kete pe tak tahu agi.

Pastu niaga, baru kumpul duit beli rumah.


Kereta Idaman Ku. Akan ku jadikan ia MILIK KU~

Dulu:

Aku sunyi tanpa teman.

Sekarang:

Hari-hari ku dipenuhi dengan gelak tawa sahabat-sahabat ku. Sungguh membahagiakan!

Dulu:

Hubungan ku dengan kuarga OK!

Sekarang:

Pun OK!

Dulu:

Aku selalu juga ponteng kelas. Buat keje skolah bukan nak faham betul2.

Sekarang:

Aku berazam tak kan ponteng walau satu kelas pon. Sem ni aku buat keje skolah pon, aku faham dengan apa yang aku belajar dan rational nya pelajaran tu. Aku berazam nak naikkan lagi pointer aku, buat yang terbaik untuk assignment, test dan presentation, dan bina hubungan yang baik dan mesra dengan pensyarah-pensyarah ku.



Dulu:

Aku punya cinta yang membahagiakan tapi aku tidak menghargainya.

Sekarang:

Aku sepi tanpa cinta!

Dulu:

Aku tidak begitu menjaga hubungan baik ku dengan Allah.

Sekarang:

Setiap masa aku memikirkan untuk mendekatkan diri pada Allah. Aku tak lagi tinggal solat. Tudung bulat yang aku pakai seolah-olah mencegah aku dari melakukan kemungkaran. Aku kan mempertingkatkan amalan ku dari semasa ke semasa. Mesti!!~