❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Ramadan datang kembali.

Sama-samalah kita mempertingkatkan amalan-amalan kita di sepanjang bulan yang mulia nie.

Semoga kita mendapat rahmat yang mencurah-curah dari Allah, di ampunkan segala dosa dan mendapat pelepasan dari azab neraka.

Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadan, Rasullah S.A.W telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Antaranya:

1) Solat sunat terawih.

2) Solat-solat sunat yang lain.

3) Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.

4) Memberikan hidangan berbuka puasa.

5) Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).

6) Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

7) Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari api neraka.

8) Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadan adalan bulan kesabaran.

9) Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Janganlah mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

Tak banyak yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Biarlah kita yang pertama. Jangan pernah lelah, malas, dan mengeluh dalam mencari keredhaanNnya.

Moga kita di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan sentiasa mengingatiNya.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.