❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Friday, July 16, 2010

Cara-cara Menutup Aurat Yang Dituntut Oleh Islam


Bahagian Manakah Yang Boleh Diperhatikan?

Rasullullah S.A.W telah bersabda:
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)

MUKA DAN TANGAN

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis.

Sabda Rasullullah S.A.W:
“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja” (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Surah An Nisaa ayat 34, Allah S.W.T berfirman:
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.”

Surah Al-A’raf ayat 26, Allah S.W.T berfirman:
“Hai anak keturunan Adam. Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.”

MUKA DAN LEHER

“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu.”

1) Bersolek (Make-up)

2) Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.

DADA

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka.”

WANGIAN

“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mta itu adalah zina.” (Riwayat Nasa’I, Ibn Khuzaimah Dan Hibban)

KAKI / TUMIT KAKI

“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (An Nur : 31)

1) Menampakkan kaki.

2) Menghayunkan / melenggokan mengikut hentakkan kaki.

Kepada Siapa Aurat Boleh Diperlihatkan?

“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka atau hamba sahaya mereka, atua orang-oramg lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan.” (An Nur 31)

Tudung Kurang Molek (Janganlah di amalkan)