❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Wednesday, November 24, 2010

Doa Ketika Wuduq

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa
mulut dan lidahku ini".

-Sebab kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. Betul tak?

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, putihkanlah
muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

-Kerana ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

-Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

-Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, lindunganlah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"

-Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
kepala kita. Tak bleh nak bayangkan huhuhu.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah
dosa telinga ku ini"

-Peringatan! Hari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat dan macam2 lagi lah.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan

"Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

-Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

*Dimanakah terletaknya kita di tempatNya?*

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

-Sesungguhnya Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Me,

2

.Jadikan ia satu amalaN.