❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Sunday, July 25, 2010

Syaaban dan Nisfu Syaaban


R
ejab adalah bulan Allah,
Syaaban
adalah bulan Rasullullah,

Ramadhan
adalah bulan umat Rasullullah.


Fadhilat dan Kelebihan Bulan Syaaban:

Sayidatina Aisyah r.a menyatakan,
tidak pernah Rasullullah s.a.w berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadhan);
Sesungguhnya baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Usman bin Zaid menceritakan:
"Saya telah bertanya kepada Rasullullah s.a.w, Wahai Rasullullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban".

Lalu baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) dimana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Ini adalah bulan di mana segala amalan di angkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam.

Oleh itu, saya (baginda) amat suka kiranya saya diangkat ketika saya sewdang berpuasa". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan An Nasai)

Sayidina Aisyah r.a menceritakan:
Rsullullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya Allah turun pada malam pertengahan(nifsu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan doasa2 orang yang lebih banyak dari bilangan bulu2 kambing Bani Kalb".
(Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Majah)


Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Syaaban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani dan jasmani)"

Sabda Rasullullah s.a.w bermaksud:
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya".

Allah s.w.t berfirman:
"Sesiapa yang meminta ampun, maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana, Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki, Aku berikan rezekinya".

Sabda Rasullullah s.a.w bermaksud:
"Bahawa Allah s.w.t memerhatikan hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syabaan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya(sesama orang Islam)".

Fadhilat dan Kelebihan membaca Yasin Pada Malam Nisfu
Syaaban:


Pada malam Nisfu (pertengahan) Syaaban digalakkan membaca Surah Yasin tiga kali, sama ada individu atau berjemaah di mana jua:

1) Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon di panjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan2 Allah. Kemudian ikuti dengan bacaan doa.


2) Bacaan Yasin kedua, niatkan memohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati. Kemudian ikuti dengan bacaan doa.


3) Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak. Kemudian di ikuti dengan bacaan doa.

Oleh kerana bulan Syaaban adalah bulan yang mulia di sisi Allah s.w.t atau bulan untuk Rasullullah dan bulan di mana amal ibadah kita diangkat dan dipersembahkan ke hadrat Allah s.w.t maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah sunat dan taqwa kepada Allah s.w.t.


Diantara amal ibadah itu ialah bertaubat dan beristighfar, berselawat ke atas Nabi, berzikir, bertasbih dan sebagainya. Terutamanya pada waktu malam, selepas solat-solat sunat.