❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Tuesday, June 15, 2010

CinTa PaNdAnG pErTaMa

Cinta pandang pertama,
bagi ku adalah cinta yang sejati,
datangnya hanya sekali,
perginya tiada pengganti.

Cinta pandang pertama,
adalah cinta yang amat istimewa,
biarpun akan ada cinta yang lain,
namun tiada yang standing.

Tapi sayang….

Aku tersalah menyintai kau.

Tidak ku sangka,
Berkasih sudah lama,
Bercinta dan bermesra,
Namun perpisahan jua yang tercipta.

Begitu banyak yang telah kita lalui,
Suka, duka, gelak tawa dan tangisan,
Namun semua itu bagaikan tidak bererti,
Amat mudah kau ucapkan “kita dah xde pe2”.

Kau adalah lelaki yang tidak tahu menghargai,
Kau lelaki yang tidak tahu berterima kasih,
Kau lelaki dayus,
Kau tak layak untuk cinta ini!

Aku tidak pernah kesal dengan apa yang telah terjadi pada diri ku,
Namun kau adalah yang pertama yang amat ku kesali.

Namun….
Biarpun tanpa kau di sisi,
Aku tetap mampu berdiri,
gagah mengorak kaki ini,
merempuh onak dan duri,
biarpun aku sendirian.

Aku tidak akan merintih,
Tidak akan merayu,
Tak kan berpatah balik,
Bahkan, tak kan sekali pun mengenangi kisah ini.

Perjalanan hidup ini masih panjang.
Biarpun tanpa cinta yang menghiasi,
Aku yakin,
Aku bisa bahagia,
Biarpun bahagia dengan cara ku yang tersendiri.

Terima kasih cinta.
Kerana mengajarkan ku akan sesuatu.

Dan buat yang sekian akhirnya.
Percayalah!
Tak kan ada insan lain yang akan menyintaimu
Seperti ku.
Tak ada insan lain yang akan membahagiakanmu,
Seperti ku.