❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Tuesday, June 15, 2010

Abu Nasser Bisyir

Abu Nasser Bisyir bin al-Harith al-Hafi.

Beliau terkenal sebagai seorang yang zuhud, berasal dari perkampungan Maru dan menetap di Baghdad, Iraq.

Antara peristiwa mengenai diri beliau ialah:

1) Beliau menjumpai secarik kertas bertuliskan nama Allah S.W.T. Beliau memungut kertas itu, membersihkannya dan membeli minyak wangi lalu dititiskan pada carikan kertas tersebut. Pada malam harinya, beliau bermimpi dan mendengar satu suara mengatakan, “Wahai Bisyir! Engkau telah mengharumkan nama-Ku! Demi keperkasaan-Ku! Akan Aku harumkan namamu di dunia mahupun di akhirat!”

2) Beliau ditegur orang, “Mengapa engkau berjalan tanpa memakai kasut?” Beliau menjawab “Bagaimana tidak, bukankah bumi ini permaidani-Nya? Adakah layak orang macam aku ini berjalan di atasnya memakai kasut dan tidak menghargai hamparan permaidani-Nya?”

3) Diberitakan juga bahawa tidak ada seorang pun yang meninggal dunia sebagaimana yang di alami beliau. Beliau memberikan baju-bajunya kepada orang ketika sakit dan memakai baju yang dipinjam ketika saat meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada tahun 227 H.

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Sama-samalah kita renung-renungkan…