❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Friday, December 14, 2012

Tips Kedua; Mengajar Baby Bercakap :)

Assalamualaikum.

Hari nie Mira nak share dengan korang bagaimana nak ajar baby bercakap. Amboi dah macam expect dah Mira nie. Padahal baru anak sorang. Dulu pun mana ada ambik kursus Pendidikan Awal Kanak2. Takperlah yang mana ilmu yang kita dapat kita kongsi. Okey?

Seperti yang kita tahu, cara pertama bayi bercakap adalah dengan menangis. Apabila dia menangis, dia sebenarnya berharap kita akan memujuk dan memberi keselesaan pada dia. Cara kita menenangkan bayi kita akan mempengaruhi cara bayi kita bercakap.

Ini kerana apabila dia menangis,dia sebenarnya berkomunikasi dengan kita. Cara kita memberi respon pada tangisan dia akan di jadikan asas untuk dia belajar cara berkomunikasi dengan manusia yang lain.

Pada umur bayi kita dua bulan, dia biasanya sudah pandai memberi respon pada percakapan kita. Caranya adalah dengan merenung mata kita, senyum atau gelak setiap kali kita bercakap pada dia.

Apabila umurnya meningkat pada enam bulan, bayi kita akan mula menggerakkan mulutnya untuk bercakap. Dia akan keluarkan suara tetapi tidak jelas kedengaran butir – butir percakapannya. Selepas itu, sedikit demi sedikit apa yang dia perkatakan akan jelas kedengaran. Akhirnya dia akan berjaya bercakap perkataan penuh pertamanya.



::::Tip mengajar bayi anda bercakap::::



1. Ajar anak kita nama benda. Contohnya, kita tunjukkan kereta dan ajar anak kita untuk menyebut kereta. ajar anak kita nama benda yang mudah seperti pinggan, garfu dan sebagainya. Secara tidak langsung, kita kenalkan dia cara untuk menyebut dengan betul.



2. Sentiasa bermain dengan bayi kita. Ketika bermain, bayi kita akan berlajar cara untuk bercakap, dengar dan memberi tindak balas.



3. Ajar bayi kita membaca . Pada awalnya, dia tidak akan beri perhatian. Namun, lama kelamaan dia mula rasa berminat untuk membaca.



4. Balas percakapan bayi kita. Jika dia bersuara, anda ajuk suara dia sambil buat muka pelik. Biar dia ketawa. Apabila dia ketawa, dia akan bersuara lebih. Secara tidak langsung, proses belajar dia akan jadi lebih cepat.

Sebolehnya, anda jangan sesekali gunakan nada yang keras dan kasar pada bayi anda kerana hati mereka sangat takut pada kemarahan dan kekerasan. Proses mereka belajar bercakap mungkin akan terganggu jika mereka di marahi atau di layan secara kasar.


Hehehe. Saje nak share yang nie pulak. Semakin hari, Muhammad Zafran semakin tembam :)

Itu aje. Daaa


 
3_thumb[3]