Hari nie Mira nak share resipi rendang. Resipi rendang MamaMira nie mudah jer. Tak perlu nak bubuh rempah rendang bagai. Tapi rasanya tetap sedap. Sungguh ! Tak percaya juga? Jom kita tengok cara2 nya.
Mula2 blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit idup.
Tumiskan bahan2 yang d kisar tadi.
Kemudian masukkan ayam. Masukkan juga sedikit cili kisar.
Bila ayam dah separuh masak, masukkan santan.
Lepas tue, campakkan daun kunyit (yang telah d hiris halus2), asam keping (2 keping dah cukup), gula melaka (kalau orang kelantan panggil nise atau gula kabung) dan garam.
Last sekali bila kuah dah agak pekat, masukkan kerisik.
Pastikan ayam tue betul2 masak baru padamkan api k. Rendang nie masak lagi lama lagi sodap. Biarkan ayam tue hancur2 sikit.
Tadaaa.
.: Nie lah hasil nya :.
Antara juadah yang paling laris d pagi raya haha.
Sekian.