❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Monday, August 13, 2012

Baby sembelit ! Macammana nie ?

BismillahArabic

 

Bila muka baby merah padam meneran *tut*, kaki dah terangkat ke atas, *tut* keras dan 1 jam setengah selepas berhempas pulas baru keluar *tut* ,sah baby anda mengalami masalah sembelit.

 

03082012

.: Hanya 18 thn & ke atas leh tengok hehe:.

 

Jangan risau ibu2 sebab hari nie Mira nak kongsi petua mengatasi masalah sembelit d kalangan baby.

 

Pertama :

Susu tue jangan kental sangat. Jika tiap2 hari 1 sudu = 30ml air. Hari nie tukar buat 1 sudu = 40ml air ke. Jangan lebih sangat air tue. Takut susu tak sedap plak nanti. Kecian baby.

 

Kedua :

Amalkan kayuhan basikal. Pegang kaki baby dan goyang perlahan-lahan macam tengah kayuh basikal. Buat beberapa minit dan berhenti. Selang 20 minit atau 30 minit cuba 1 kali lagi dan rehat.

 

Ketiga :

Atau anda boleh perah limau sunkist dan campur dengan air 1 sudu dan beri pada baby yang sembelit.

 

Keempat :

Bagi baby minum air masak tiap kali baby selesai minum susu.

 

Kelima :

Tukar susu.

Selepas mencuba semua d atas tapi masih tak menjadi, silalah beli susu lain :)

 

Keenam :

Tak berkesan juga? Maka pergilah berjumpa dengan doctor anda hehe.

 

 

Mira alhamdulilah Muhammad Zafran tak ada masalah sembelit. Tapi kalau dulu mau 3x sehari baby Mira *tut2*. Sekarang cuma 2x sehari. Adakah itu juga tergolong dalam masalah sembelit? Mira plak yang bertanya pada korang huhu.

 

 

 

 

 

3_thumb[3]