❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Monday, January 10, 2011

Lima Perkara Yang Lebih Baik Daripada Kuda Liar Yang Dibiarkan Diam.

Assalamualaikum,

Abdullah ibnu Abbas r.a. (merupakan salah seOrank sahabat Baginda) mengatakan:

“Ada LIMA perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.”


Pertama:

Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

COntOhnya macam bercakap tentang hal Orank lain yang langsung xder kene mengena dengan diri kita atau bercakap tentang benda yang bukan milik kita.

Bercakap tentang hal Orank lain. Itu sama maknanya dengan mengumpat. Kenapa Orank puan nie tak leh lari dari mengumpat ea? Tapi jangan ingat Orank puan jer, Orank laki pOm ada taw?

WalaupOm kita nie dah berhati2 tapi still gak ter-umpat. WalaupOm tak niat pe2, sekadar nak muntahkan jer tapi namanya tetap mengumpat an. Agak2 berapa kilO daging manusia dah kita makan. Hurmm.

PrOceed…


Kedua:

Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

COntOhnya macam “Nanti lepas aku kahwin nak hOneymOOn kat Bali dengan husband aku”. Benda nie eman penting tapi lambat ag an. Jadi tak perlulah nak bagitahu sekarang. Law tak jadi p Bali, hOneymOOn kat rumah sendiri jer buat malu jer tu an.


Ketiga:

Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Ada betulnya. Pada pikiran Mira lebih baik berdebat/berbincang/bercakap dengan Orank yang sama2 tak tahu. Bukan supaya dua2 kekal tak tahu. Tapi kita kan lebih belajar dan sama2 berusaha untOk tahu.


Keempat:

Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kalau ada member yang tak dapat datang discussiOn tue terangkan lah kat dye balik apa yang kOrank dah discuss. Maafkanlah dye sebab tak datang. Tapi jangan plak kOrank pijak kepala asyik tak nak datang Or datang lewat.


Kelima:

Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.

(Ibnu Abi Dunya)

.

.

.

Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah.

Saya meman jenis yang banyak bercakap. Kadang2 cakap dulu bawu pikir. Pastu bila dah terlepas cakap bawulah menyesal. Saya meman selalu cakap lam hati nak jaga percakapan saya. Harap2 saya berjaya juga nanti.

But believe in me! Apa yang keluar dari hati/mulut saya adalah yang ikhlas2 belaka. NO One knOw better abOut me rather than me and Him.

Jadi semua ini adalah tOk peringatan buat saya dan mungkin juga buat anda supaya kita sama2 dapat kawal lidah kita tOk cakap benda2 yang baik AJER agar kita tak melukakan hati sesiapa dan tidak mendapat dOsa.

Wallahualam.

3