❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Tuesday, November 16, 2010

Panduan Solat Qasar dan Jamak

Assalamualaikum semua ^_^

Sekarang saya nak kOngsi dengan sume mengenai panduan sOlat Qasar dan Jamak. Untuk panduan kita bersama. Kadang-kadang kita terlupa tentang cara yang betul. Jadi anggaplah nie sebagai satu tanggungjawab untuk saling mengingati.

25249_1380885283340_1268173523_1096335_1141169_n

“Sharing is Caring”

Ingat lagi tak masa kita belajar masa sekolah dulu pasal solat Qasar dan Jamak nie?

Tak ingat dah?

xpe2. Saya pOm bukan ingat semua.

Kita mulakan dengan Qasar dulu k ^_^

Dulu2, ustazah citer solat Qasar maksudnya mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar adalah “harus” berdasarkan kepada dalil berikut:

i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”

(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Jarak dibenarkan Qasar (seperti mana yang telah kita sedia maklum) ialah dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

jOm kita tengOk plak syarat-syarat Qasar.

  1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
  2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
  3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
  4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
  5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat:

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

Continue with Solat Jama'

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.


ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.


iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.


iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.


v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.


ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Niat Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Niat Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Sekian,

2

p/s: Tambahlah sebanyak2 ilmu di dada supaya kita kan menjalankan ibadah kepadaNya tanpa rasa gusar. Moga bertambah ketaqwaan kita kepada Allah dari semasa ke semasa. Mudah2an. Sama2 kita menambahbaikkan.