❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Monday, September 13, 2010

Life lesson!~

Ilmu sains, matematik, dan sebagainya boleh dipelajari melalui buku dan guru.

Ilmu alam pekerjaan dipelajari melalui pengalaman.

Namun, ilmu kehidupan hanya dapat dipelajari pabila kita sendiri melaluinya.

Puasa tahun nie banyak mengajarkan saya akan erti kehidupan dan kasih sayang.

Kasih sayang itu memang penting kerana kasih sayang itulah yang menghidupkan kehidupan. Tanpa kasih dan sayang,
hilanglah seri dalam hidup,
diri dirasakan tidak lagi bersemangat,
dan seolah-olah bumi ini lambat berputar.

Ada apa dengan cinta?


Saya baru sedar,
cinta itu tidak semestinya memiliki.

Dulu saya tidak mengerti akan ungkapan itu. Bagi saya kita harus berjuang mempertahankan cinta.

Tapi harus kita ingat walau sebaik mana pun kita menjaga sebuah cinta, jika ia bukan milik kita, ia tetap tidak akan menjadi milik kita.

Redha dan berserahlah pada Allah. Jodoh itu di tangan-Nya. Dan perancangan Allah lah yang terbaik.

Beringat-ingat andai menyinta selain Allah. Jangan ada cinta lain melebihi cinta kepada Allah.

Cinta itu anugerah-Nya. Dia berhak memberikan pada sesiapa sahaja dan mengambilnya kembali bila Dia mahukan.

Tidak perlulah terlalu mengagungkan cinta. Kerana Dia boleh mengalihkan cinta itu pada bila-bila masa.

p/s: Pandang kehidupan itu dengan mata hati. Baru kita dapat melihat isinya dengan jelas.

Ujian?

Semakin Allah sayangkan kita, semakin kuat kita akan di uji. Ujian itu tanda sayang-Nya kepada kita.

Mengapa mesti kita menangis?

Kenapa mengeluh sedangkan ujian kepada umat Allah yang lain lagi hebat?

Bersyukurlah...Kerana kita yang di pilih...


Bersabarlah...Kerana setiap ujian itu hanya sementara.

Sinar pasti kan muncul di kemudian hari.

Percayalah!

Semakin banyak kita bersabar, insyaAllah besar nikmat yang akan kita dapat.


Seikhlasnya redha dengan segala ketentuan Allah.

Nikmatilah hidup yang bersifat sementara nie.
Just smile and be happy.
Then everything will be okey!~


WiTh LOvE,

Cheer up mira!!~