❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Tuesday, August 3, 2010

~Aku JuGa MaU bAhAgIa~

Bahagia…

Sudah lama aku tidak merasa bahagia (rasa-rasanya baru dua bulan yang lalu ^-^).

Kadang-kala jiwa ini terasa kosong biarpun ditemani dengan gelak tawa sahabat-sahabatku.

Biarpun bibir ini tidak henti-henti mengukirkan senyuman namun pada masa yang sama jiwa dan hati ini juga menangis dan merintih.

Entah apa yang diinginkannya?

Entah bahagia apa yang aku cari?

Walhal setiap masa aku mendapat kasih sayang keluarga, ada teman-teman di sisi ku, dan yang paling penting ada Allah tempat untuk ku mengadu tapi seakan-akan semua itu belum cukup untuk mengisi ruang hati ini.

Kadang-kadang aku pikir aku seorang wanita tidak begitu memerlukan lelaki.

Aku rasakan aku mampu hidup dan berdiri sendiri.

Tapi itu hanyalah kata hati ku yang penuh egoist.

Kerana sebaliknya aku sentiasa menanti-nantikan seorang teman yang bisa menyayangiku seikhlas hatinya dan menjagaku saban waktu.

Aku terus menunggu. Mahu mencari tapi entah di mana. Akhirnya aku hanya mampu berserah.


Kadang-kadang aku pikir apa tidak layakkah aku untuk memiliki sebuah cinta?

Apa aku tidak bisa bahagia?

Adakah aku akan terus begini?

Ramai yang bahagia bersama teman mereka.

Timbul juga rasa iri hati, kecewa, sedih, marah, benci dan macam-macam lagi lah terhadap mereka.

Namun aku juga harus akui ada juga yang senasib dengan ku.

Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan kurnian Tuhan kepada ku, seorang insan hina.

Ketahuilah sahabat, what goes around, comes around.

I am strongly believed on that.

Aku sedar aku pernah mengewakan seorang lelaki dulu dan balasannya aku pulak di kecewakan.

Aku terima. Malah aku sudah bertaubat.

Tapi... Rasa macam diri ini belum berubah biar sebanyak mana pun aku berusaha.

Aku masih tetap aku.

Pemarah dan panas baran. Aku tak tahu macamman nak ubah.

Aku tahu aku bukan perempuan yang baik. Mana mungkin aku bisa mendapatkan lelaki yang baik.

Bila aku renungkan kembali, orang perempuan bisa memaafkan seribu malah sejuta kesalahan yang dilakukan oleh orang lelaki.

Tapi lelaki, bila dah rasa perempuan tu dah banyak buat salah, terus hilang sabar dan tak kan memaafkannya lagi. Adakah tindakan mereka tu tepat?Mesti mereka kan cakap "Kesabaran lelaki ada hadnya".

Tapi mereka tak tahu yang kesabaran perempuan tiada tandingannya. Seorang wanita mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

I am always wishing for the best to me. Always, always and always. Maybe the time doesn’t come yet. I have to wait. Tapi sekiranya pintu kebahagian itu memang sudah tertutup buat ku, aku redha. Aku terima dengan hati yang terbuka.

Sekiranya aku sudah tidak menemui jodoh ku, aku kan cuba mencari kebahagian dengan cara ku sendiri. Aku kan pelihara ramai anak angkat dan mereka itulah yang akan membahagiakn ku, membuatkan ku melupakan segalanya.

Mungkin semua ini terjadi kerana aku tidak pernah menghargai apa yang ada di sekelilingku.

Benar kata orang ‘semut di seberang laut kita boleh nampak, tapi gajah di depan mata kita tak perasan’.

Aku selalu pikir apa yang aku ada bukan yang terbaik. Aku mampu dan boleh mencari yang lebih baik.

Tapi semua itu dusta! Hanya godaan syaitan. Dan akhirnya yang aku dapat ‘ yang di kendong berciciran, yang dikejar tak dapat’.

Renungilah kata-kata nie “jangan tinggalkan orang yang kita sayang demi orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tnggalkan kita demi orang yang dia sayang”.

Kasih sayang bukan untuk di tukar ganti tapi untuk di hargai. Kasih sayang akan mekar andainya kita betul-betul ikhlas menerimanya. I have learnt a lesson.

Mulai esok, aku ingin memulakan hidup yang baru, semangat yang baru dan pemikiran ynag baru.

Aku tidak mahu lagi mengenangkan kesalahan dan derita yang lalu. Sebab itu malam ini aku ingin melepaskan segala-galanya.

Aku tak pikir lagi dah pasal cinta. Pasal jodoh aku serahkan segalanya pada Allah. Aku tak kan menolah ke belakang lagi. Moga Allah sentiasa memberikan ku kekuatan.

Aku selalu teringatkan kata-kata dari seorang sahabat.

Wanita itu melihat satu titik di hadapannya besar pada pandangannya. Ia melihat dari semua segi. Kadang-kadang untuk sampai ke sesuatu perkara, ia satu proses yang sukar, memening dan memenatkan.

Tapi janganlah jemu padanya. Bersabarlah dengan nya. Kerana mereka juga tidak mahu begitu. Mereka mahu bahagia.

Na nite! Wake up tomorrow with a smile. InsyaAllah. Even it’s really hard, I must be strong! Pray for me, frenz...