❀ My GOjes BlOgging Friends ❀

Thursday, June 10, 2010

HaPy BeSdAy tO Me

Tanggal 10 Jun 2010, genaplah usiaku yang ke 22 tahun. 21 tahun yang lalu ku rasakan

sia-sia dan dibuang begitu saja. Namun aku masih belum terlambat! 22 tahun dan ke

hadapan
akan ku jadikan ia tahun-tahun yang bermakna dan paling berharga dalam hidupku.

InsyaAllah… Semoga Allah tetapkan imanku! Amin…

Dari hari ke hari, dunia mematangkanku dengan didatangkan oleh Pencipta sekalian alam

perbagai dugaan dan cabaran. Suka duka silih berganti. Namun apa yang telah berlaku tidak

mematahkan semangatku untuk terus bernafas di muka bumi ini biarpun di kala ujian itu

menimpa terasa amat perit dan begitu meruntuhkan hati.

Aku sedar setiap yang berlaku punya hikmah yang tersendiri dan aku sebagai manusia yang

amat kerdil haruslah sentiasa bersyukur dan tidak sewajarnya menyesali dengan apa yang telah

berlaku. Aku sememangnya tidak pernah menyesal! Bahkan bersyukur… Kerana pengalaman

itulah yang telah mematangkanku; menyedarkanku apa yang ku inginkan dalam hidup ku,

membuatkan hati ku bertambah cekal, membantuku mengenal dunia dan yang paling penting

mendekatkanku pada-Nya.

Sempena ini juga, akan ku bina kehidupan yang baru; kehidupan yang berlandaskan ajaran

Islam, mempertingkatkan amalan ku kepada Allah; supaya imanku sentiasa bertambah,

matlamat hidup dan cita-cita yang lagi tinggi
; menjadi usahawan wanita yang berjaya demi

untuk membantu bangsa dan agama, dengan berbekalan semangat dan kekuatan yang baru.

Doa Ku Pada Mu Ya Allah…

Diampunkan dosa-dosa yang lalu.

Ditetapkan iman ku.

Dimurahkan rezeki.

Diberi kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan beriman; suami dan anak-anak yang soleh.

Dimatikan dalam keadaan beriman dan sebaik2 kematian.


"Ya Allah pertemukanlah ku dengan jodoh yang baik, yang beriman kepada Mu, yang dapat membimbing ku dan anak-anak ku ke jalan Mu, yang seikhlas hatinya menyayangiku, yang romantic, punya hati yang tulus, dan keperibadian yang mulia."

Yang dicari, walau bukan putera raja, tapi biarlah putera agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata. Cukuplah akad dan janji setia.

"Ya Allah jadikanlah anak-anak ku nanti hamba yang sentiasa taat pada Mu, sihat dan sempurna pancaindera, akal fikiran yang bijak dan sentiasa menyayangiku sebagai ibunya."